Thursday, March 1, 2012

Zikir-Zikir Shahih Selepas Solat Fardhu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Untuk kali keduanya ini,ana ingin berkongsi tentang amalan-amalan yang shahih selepas solat fardhu...
amalan-amalan ini tidaklah susah hanya perlu diucap dengan mulut sahaja.


  • Pertama sekali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja baginda selesai melaksanakan solat fardhu ialah beristighfar (memohon ampun) kepada Allah iaitu dengan mengucapkan lafaz "Astaghfirullah" sebanyak 3 kali lalu diikuti dengan lafaz Allahumma antassalam waminkas salam tabarakta dzal jalali wal ikram sebanyak 1 kali. Perhatikan riwayat berikut: 

وَعَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: كَانَ رَسُو اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ، اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا، وَقَالَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

"Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah selesai (mengerjakan) solat, baginda beristighfar (memohon ampun sebanyak) tiga kali lalu mengucapkan: Wahai Allah, Engkau Maha Sejahtera dan dari-Mu kesejahteraan. Maha Agung Engkau wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan." - Sahih Muslim (no. 135, 591) dan Sahih Abu Daud (no. 1563).

  • Al-Walid r.a berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda? Dia menjawab:

اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ.

"Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." - Sahih Muslim (no. 591) dan Sunan Abu Daud (no. 2151).

  • Seterusnya membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Allah, tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau beri dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Dan tidak bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebesarannya itu." - Sahih al-Bukhari (no. 844, 7292) dan Sahih Muslim (no. 539).

  • Adakalanya baginda juga membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah. Kami tidak beribadah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah dengan memurnikan ibadah hanya kepada-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." - Sahih Muslim (no. 594).

  • Khas bagi solat subuh dan maghrib baginda menggalakkan umatnya agar membaca wirid berikut sebanyak 10 kali:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Sehubungan dengan wirid di atas Rasulullah menjelaskan:

Sesiapa setelah (mengerjakan) solat maghrib dan subuh (kemudian) membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"Allah akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan, dihapuskan 10 keburukan, diangkat 10 darjat, Allah lindungi dari godaan Syaitan yang terkutuk." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 2563).

Dalam sebuah hadis yang panjang disebut bahawa:

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال حين بنصرف من صلاة الغداة، قبل أن يتكلم: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، عشر مرات، أعطي بهن سبعا: كتب له بهن عشر حسنات، ومحاعنه بهن عشر سيئات، ورفع بهن عشر درجات، وكن له عدل عشر نسمات، وكن له حفظا من الشيطان، وحرزا من الْمكروه، ولم يلحقه في يومه ذلك ذنب إلا الشرك بالله. ومن قالهن حين ينصرف من صلاة المغرب، أعطي مثل ذلك ليلته.

"Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ketika selesai solat subuh mengucapkan: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Hanya ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu 10 kali sebelum dia berbicara maka dengan kalimat-kalimat tadi dia akan diberikan 7 hal; dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat baginya 10 darjat, kalimat-kalimat tadi menyamai (pahala) membebaskan 10 (orang) hamba, kalimat-kalimat tadi akan menjadi penjaga baginya dari syaitan, penjaga dari segala keburukan dan pada hari itu dosa apa pun tidak akan menimpanya kecuali syirik kepada Allah. Sesiapa yang mengucapkannya ketika selesai solat maghrib maka pada malam harinya dia akan diberikan sama sepertinya." - Sahih at-Targhib wa at-Tarhib 3/475.

  • Kemudian disyariatkan juga membaca surah-surah al-Mu’awwidzat sebagaimana keterangan hadis berikut:

عن عقبة بْن عامر رضي الله عنه قال: أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ.

"Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Saya diperintah oleh Rasulullah agar membaca surah-surah al-Mu’awwidzat setiap kali selesai solat." - Musnad Ahmad (no. 17417) dan Ibn Khuzaimah (no. 755).

Adapun yang dimaksudkan dengan surah-surah al-Mu’awwidzat adalah merujuk kepada tiga surah terakhir dari al-Qur’an iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas.

  • Selanjutnya membaca ayat al-Kursi (Surah al-Baqarah, ayat 255). Sabda Rasulullah:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَحِلْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ المَوْتَ.

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya untuk masuk syurga kecuali mati." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 972).

  • Seterusnya disunatkan juga berzikir dengan membaca tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali dan digenapkan menjadi 100 kali dengan ucapan tahlil (Laa ilaha ilallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syain qadir) iaitu sebanyak 1 kali.

Sabda Nabi:

مَنْ سَبَّحَ الله فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَ حَمِدَ الله َ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَكَبَّرَ الله ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعُونَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمَائَةِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

"Barang siapa yang bertasbih kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid kepada-Nya 33 kali dan bertakbir 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan (tahlil yang bermaksud): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan." - Sahih Muslim (no. 146).


Tidak susahkan,,,cuma perlu mengucap dengan mulut sahaja,ana pon kadang-kadang tidak juga melakukan sunnah-sunnah ini akan tetapi kita sebagai umat Islam haruslah berusaha untuk melakukannya, buatlah sunnah-sunnah ini walaupun sedikit, setiap umat Islam perlu mempunyai waktu-waktu khusus utk beribadat,bermuhasabah,berwirid & sebagainya, sepertimana kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu' Fatawa:"Seorang hamba harus mempunyai waktu khusus untuk dirinya untuk berdoa, berzikir, merenung, bermuhasabah dan memperbaik hatinya".Hadis-hadis di atas ana perolehi daripada sahabat FB ana yang sentiasa memberikan peringatan, semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya...Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment