Saturday, March 3, 2012

Siapakah al-Ghuraba'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


InsyaAllah topik untuk hari ini ana akan berkongsi kepada sahabat-sahabat, siapakah golongan yang dipanggil sebagai al-Ghuraba.


Adakah golongan yang suka mengasingkan diri daripada orang lain???
Adakah golongan yang suka memerap di rumah???
Adakah golongan yang merasa dia yang sorang-sorang paling bagus???


Antara hadis tentang golongan ini yang biasa kita dengar,
Rasulullah saw bersabda:بدأ الاسلام غريبا ، وسيعود كما بدأ غريبا، فطوبى للغرباء
maksudnya:"Islam awalnya asing, kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang2 yang asing".(HR Muslim,no.145)

Hadith di atas menjelaskan kepada kita umat Islam mengenai perkhabaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhubung dengan sifat keasingan agama Islam sejak ia mula-mula didakwahkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam kepada umat manusia. Dalam hadith yang sama juga, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam turut mengingatkan bahawa sifat ‘keasingan’ agama ini pasti akan kembali berulang di akhir zaman sebagaimana ketika awalnya ia disampai dan diamalkan oleh baginda dan para sahabatnya radhiallahu’anhum.

Seiring dengan perkhabaran mengenai sifat keasingan ajaran Islam ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menerangkan bahawa di sebalik keasingan itu akan wujud sekelompok manusia dari kalangan umatnya yang digelar sebagai al-Ghuraba', iaitu golongan yang ‘asing’. ‘Asing’ yang dimaksudkan di sini bukanlah dilihat dari aspek keduniaan akan tetapi ialah asing dari aspek manhaj atau cara mereka mengamalkan ajaran agama. Terhadap mereka ini dikurniakan nikmat kebahagiaan sebagaimana yang dijanjikan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadithnya tersebut.




Siapakah al-Ghuraba'?

'Abd Allah bin 'Amr al-'Ash radhiallahu’anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-Ghuraba', baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:

أناس صالحون في أناس سوء كثير من يعصيهم أكثر ممن يطيعهم.

"Orang-orang salih yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka." - Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad, no. 6650.

Sementara itu, dalam riwayat yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut:

الذين يصلحون عند فساد الناس.

"Iaitu orang-orang yang sentiasa memperbaiki (umat) di tengah-tengah rosaknya manusia." - Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, no. 1273.

Dalam lafaz yang lain pula disebutkan:

الذين يصلحون ما أفسد الناس من بعدي من سنتي.

"Iaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku selepas peninggalanku sesudah dirosakkan oleh manusia." - Hadith riwayat at-Tirmidzi, no. 2630 dan beliau menjelaskan bahawa hadith ini adalah hasan sahih.

Ringkasnya, sesiapa jua di kalangan umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih sebagaimana asalnya, mempertahankan ketulenan ajarannya daripada dicemari oleh pelbagai unsur bid’ah serta berusaha mendakwahkannya kepada umat manusia maka dia termasuk dalam kalangan al-Ghuraba' sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadithnya di atas.

Yunus bin Ubaid pernah berkata: 

"Seorang yang disampaikan kepadanya Sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi orang yang asing. Namun lebih asing lagi ialah yang menyampaikannya (mendakwahkan Sunnah)." - Riwayat al-Lalika'i 1/58, no. 21.

Kenyatan di atas telah menjelaskan tentang siapa itu al-Ghuraba',iaitu orang yang sentiasa menegak sunnah ketika manusia dalam keadaan lalai dengan tidak menghidupkan sunnah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam.Semoga kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam,kita sebagai manusia sering lalai dan lupa.Penulisan ini ana tidak tujukan pada siapa2, ia lebih kepada peringatan kepada diriku serta sahabat-sahabat yang ku sayangi...Wallahu'alam.







2 comments: