Wednesday, March 7, 2012

Benarkah Terdapat Bid'ah Hasanah???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

BID'AH!!!
Perkataan di atas merupakan perkataan yang sensitif bagi sesetengah orang, mungkin mereka menganggap ia perkataan yang tidak sepatut digunakan. Tetapi bukanlah ana tulis atikel ini untuk mem"bid'ah"kan orang lain ana sebagai manusia biasa juga ada melakukan kesalahan.

Sebelum ini kita selalu mendengar masyarakat di Malaysia sering mengatakan bahawa bid'ah terbahagi kepada 2 iaitu hasanah dan dholalah. Terdapat juga ustaz-ustaz di Malaysia mengatakan demikian. InsyaAllah penulisan ana kali ini adalah untuk membetulkan semula pendapat ini.

Dr. di jamiah yang ana belajar iaitu Dr. Masyhur Quthaisyat yang mengajar hadis juga selaku rais bahagian ushuluddin mengatakan bahawa setiap bid'ah itu sesat sebagaimana sabda Nabi sallahu'alaihi wasalllam:
                                      "...وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار..."
maksudnya:"...dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka..."
(Hadis ini riwayat an-Nasaie & Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah & dishahihkan oleh al-Albani)

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya dengan jalur yang sama dari Ja'afar bin Muhammad dari ayahnya(Muhammad bin Ali al-Baqir dari Jabir bin Abdullah dengan lafaz:
                                    "وشر الللأمور محدثاتها وكل بدعة ضلالة"
maksudnya:"Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat"

Lihat daripada kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah saw menegaskan bahawa setiap perkara dalam agama adalah bid'ah dan setiap bid'ah tempatnya dalam neraka. Akan tetapi, jangan disalah fahami maksud bid'ah di atas kerana maksudnya berdasarkan penafsiran secara syar'i. Sekiranya ia ditafsir secara lughawi bermakna setiap perkara baru seperti menunggang kereta, membuat telefon, membuat kapal terbang dan sebagainya dianggap sesat.

Golongan yang mengatakan bid'ah terbahagi kepada 2 sering menggunakan hujah ucapan saidina Umar radiallahu'anh:
                                                          "نعمت بدعة هذه"
                                               maksudnya:"sebaik-baik bid'ah adalah ini"

dan juga perkataan Imam asy-Syafie rahimahullah:
"Bid'ah terbahagi kepada 2:Mahmudah & Mazmumah, maka apa-apa yang menepati sunnah adalah mahmudah & apa-apa yang menyelisihi sunnah adalah mazmumah"
Jawapan untuk kata-kata Saidina Umar radiallahu'anh:

Mari kita lihat ucapan yang lengkap berkaitan perkara di atas,Dari Abdurrahman bin Abdil Qaary katanya; aku keluar bersama Umar bin Khatthab di bulan Ramadhan menuju masjid (Nabawi). Sesampainya di sana, ternyata orang-orang sedang shalat secara berselerak, ada orang yang shalat sendirian dan ada pula yang menjadi imam bagi sejumlah orang. Maka Umar berkata: “Menurutku kalau mereka kukumpulkan pada satu imam akan lebih baik…” maka ia pun mengumpulkan mereka –dalam satu jama’ah– dengan diimami oleh Ubay bin Ka’ab. Kemudian aku keluar lagi bersamanya di malam yang lain, dan ketika itu orang-orang sedang shalat bersama imam mereka, maka Umar berkata: “Sebaik-baik bid’ah adalah ini, akan tetapi saat dimana mereka tidur lebih baik dari pada saat dimana mereka shalat”, maksudnya akhir malam lebih baik untuk shalat karena saat itu mereka shalatnya di awal malam.(HR Malik, al-Muwatha')


Sebagaimana kita ketahu Rasulullah pernah melakukan solat tarawih secara berjemaah akan tetapi Baginda takut ia akan menjadi satu kewajipan Baginda pon berhenti daripada melakukannya.Sewaktu zaman pemerintahan Umar radiallahu'anh, masyarakat Madinah tidak berjumpa dengan Baginda apatahlagi solat di belakang baginda.Bagi mereka ini adalah hal baru yakni bid'ah lughawi.Jadi jelaslah bahawa bid'ah yang dilakukan Umar adalah bid'ah lughawi bukan syar'i.Bahkan, ia bid'ah lughawi nisbi(perkara baru bagi sebagian kalangan).Wallahu'alam.


Jawapan kepada ucapan Imam asy-Syafie:


Sekiranya kita berpegang kepada pendapat Imam asy-Syafie tentang perkara ini adakah kita juga akan berpegang kata-kata Imam asy-Syafie ini:"Semua yang pernah kukatakan jika ternyata berseberangan dengan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka hadits Nabi lebih utama untuk diikuti dan janganlah kalian taqlid kepadaku".Ada juga pendapat mengatakan ucapan Imam asy-Syafie berkaitan dengan muamalah bukan ibadah.Wallahu'alam.


Fikir-fikirlah...

Semoga dengan penulisan ana yang tidak seberapa ini dapat menjawab persoalan-persoalan sahabat tentang perkara ini.Sekiranya adalah salah dan silap tegur-tegurlah diruangan komen, jangan cakap belakang-belakang.Ini juga jawapan ana kepada seorang ustaz yang sangat terkenal di Malaysia berkaitan perkara ini.Jangan bercakap berdasarkan hawa nafsu.Wallahu'alam.







No comments:

Post a Comment