Friday, March 9, 2012

Pentingnya Niat!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


InsyaAllah, untuk penulisan kali ini ana ingin berkongsi kepada pengunjung-pengunjung blog ana tentang hadis di dalam matan arbain yang berkaitan dengan niat.


Apakah maksud niat?


Dari segi bahasa niat bermaksud kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi istilah pula,niat bermaksud gerak hati untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa'ala.


Mafhum hadisnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu".
Hadis di atas diriwayatkan oleh 2 orang Imam Ahli Hadis iaitu Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi.


Hadis ini termasuk dalam hadis-hadis gharib, Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam shahihnya pada awal kitab. Imam Muslim meriwayatkan hadis ini dalam kitab al-Imarah bab "innamal 'amalu binniat".


Pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas:

  • Sesungguhnya tiada amal perbuatan kecuali dengan niat.
  • Sesungguhnya setiap amalan itu dianggap sah dengan niat-niatnya.
  • Sesungguhnya balasan untuk si pelaku amalan berdasarkan niatnya.
  • Sesungguhnya sebuah amalan dapat menjadi ahala bagi pelakunya dan dapat juga menjadi penghalang pahaa tersebut.
  • Keutamaan hijrah kerana Nabi SAW melakukannya. Maksud hijrah pada zaman sekarang adalah berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan.
Rasanya cukup dengan penerangan yang ana berikan. Setiap perbuatan kita berdasarkan apa yang kita niatkan. Sekiranya baik niat kita maka baik jugalah yang kita dapat, jika buruk niat kita maka buruklah juga yang kita dapat. Oleh itu, marilah kita tajdid niat sebagai seorang Islam yang taat akan perintah Allah dan rasul-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Kata Imam Sufyan ats-Tsauri:"Aku tidak pernah mengubati penyakitku melainkan pada niat".Wallahu'alam.






No comments:

Post a Comment