Tuesday, October 23, 2012

Aqidah Syi'ah 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Insya-Allah pendedahan untuk kali ini adalah berkaitan dengan aqidah kedua yang diimani oleh golongan syi'ah laknatullah ini iaitu Taqiyyah. Takrifan Taqiyyah ini ana sudah jelaskan dalam artikel yang sebelum ini (http://afiqfikri99.blogspot.com/2012/09/aqidah-syiah-1.html).

Taqiyyah didefinisikan berdasarkan definisi oleh ulama syi'ah zaman sekarang ialah kamu mengatakan atau melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini,[1] untuk menolak bahaya dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu.[2]

Bahkan mereka telah mendakwa bahawa Rasulullah sallalhu'alaihi wasallam telah melakukan (Taqiyyah) tatkala 'Abdullah bin Ubai bin Salul kepala orang-orang munafik meninggal, di mana Baginda datang untuk menyolatkannya, lalu 'Umar radhiayallahu'anh berkata kepada Baginda: "Tidakkah Allah telah melarangmu dari hal itu?", lalu Rasulullah menjawabnya: "Celakalah kamu, kamu tidak tahu apa yang aku ucapkan", sesungguhnya saya mengucapkan: "Ya Allah, isilah perutnya dengan api dan penuhilah kuburannya dengan api dan selalulah api membakar dirinya".[3]

Lihatlah wahai sahabat bagaimana syi'ah menyandarkan pendustaan ke atas Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Apakah masuk akal para sahabat radhiyallahu'anhum mendoakannya ('Abdullah bin Ubai bin Salul) sedangkan Nabi sallallahu'alaihi wasallam melaknatnya?

Berkaitan dengan hukum solat kepada jenazah orang munafik sudah pun termaktub dalam al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 84, Allah ta'ala berfirman:
"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)". 
Bagaimana seseorang yang dikatakan mencintai Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dan Ahl al-Bayt boleh berdusta atas nama Baginda? Inilah antara tipu daya syi'ah laknatullah kepada Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah.

Al-Kulaini menukil dalam Ushul al-Kahfi: Berkata Abu 'Abdillah: "Wahai 'Umar sesungguhnya sembilan per sepuluh (90%) agama ini (syi'ah) terletak pada (aqidah) taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah, taqiyyah ada pada setiap sesuatu kecuali di nabiz (kurma yang direndam dalam air untuk membuat arak) dan di dalam menyapu atas khuf". Dan dinukilnya juga dari Abu 'Abdillah ia berkata: "Jagalah agama kalian dan tutuplah agama itu dengan taqiyyah kerana tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai taqiyyah."[4]

Golongan syi'ah menganggap bahawa taqiyyah itu adalah fardu (wajib), tidak akan berdiri mazhab (syi'ah) dengan taqiyyah. Mereka menerima pokok-pokok mazhab secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan dan mereka selalu melakukan taqiyyah itu secara terang-terang. Oleh itu, Ahl as-Sunnah wa la-Jama'ah perlu lah berhati-hati kepada golongan ini. Wallahu'alam.


Komentar dan Rujukan:

[1] Inilah hakikat kemunafikan iaitu menampakkan sesuatu yang tidak sesuai apa yang adal dalam hati atau menampakkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran. Dengan kata lain taqiyyah/nifaq itu adalah lain di mulut dan lain di hati. Itulah aqidah orang syi'ah oleh itu berhati-hatilah daripada tipu muslihat mereka.

[2] As-Syi'ah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad Mughniyah, hal. 48

[3] Furu' al-Kahfi, Kitab al-Janaaiz, hal. 188

[4] Ushul al-Kahfi, hal 482-483









No comments:

Post a Comment