Saturday, April 28, 2012

Salafi Oh Salafi!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Mungkin tajuk yang ana tulis ini akan menyakitkan hati golongan yang tertentu tetapi itu bukanlah niat ana untuk menyakitkan hati sesiapa tetapi inilah realiti yang berlaku sekarang ini.

Apa yang ana lihat kebanyakan golongan yang menggelar diri mereka sebagai salafi tidaklah mereka itu mengikuti salafussoleh dengan sebenar-benarnya. Kebanyakan golongan yang konon menggelar diri mereka salafi hanya mengikuti salafussoleh mengikut selera mereka. Ini bukan tuduhan ana kepada "mereka" ini tetapi inilah yang ana perhatikan yang kebanyakan berlaku di facebook berdasarkan status-status "mereka". Janganlah kerana nafsu kita sanggup menggadaikan manhaj salaf ini.

Mungkin kerana perangai "mereka" inilah manhaj salaf tidak sampaikan kepada masyarakat serta dipandang serong. Ini adalah kerana sikap yang mengaku mengikuti salafussoleh itu sendiri, mereka merasakan bahawa sesiapa yang tidak sefahaman dengan mereka bukanlah salafi.

Apa itu Salafi???

Salafi ialah orang yang mengikuti salafussoleh iaitu golongan yang hidup 3 kurun terawal atau lebih kurang 300 tahun selepas hijrah. Mereka adalah sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in. Mereka ini adalah sebaik-baik kurun sepertimana sabda Rasulullah saw:
"Sebaik-baik kurun adalah kurunku kemudian kurun selepasku kemudian kurun selepasku".(HR Bukhari & Muslim). 
Apabila ana tulis pasal benda ini, mungkin akan menyangka ana mengeji manhaj salaf ini. Janganlah salah faham kerana ana tulis perkara ini disebabkan ana sayangkan manhaj salaf kerana ia adalah manhaj yang benar. Ana adalah orang yang mengikut manhaj salaf bukan mengikut salafi. Kita kena bezakan antara orang yang mengikuti manhaj salaf dan mengikuti salafi itu sendiri. Orang yang hanya mengikuti salafi tanpa memahami manhaj salaf yang sebenar inilah yang menyebabkan manhaj salaf ini dipandang serong oleh masyarakat Islam.

Apabila masuk bab politik pula "mereka" ini akan lebih memihak kepada kerajaan walaupun jelas lagi bersuluh bahawa kerajaan salah dlm perkara tersebut. Mereka merasakan bahawa mereka betul dan orang lain salah. Bukan itu sahaja, golongan yang pro-kerajaan akan menggunakan "mereka" ini untuk membenarkan kata-katanya. Bukanlah bermaksud di sini ana seorang yang menyokong pembangkang dan juga bukan seorang yang menyokong kerajaan, tetapi ana cuba untuk mengikut kebenaran tidak kira pembangkang atau kerajaan. Mereka telah memalukan manhaj salaf ini dengan melabel serta memanggil golongan yang tidak sependapat dengan pelbagai gelaran sehingga menuduh seseorang sesat sedangkan tuduhan itu tidaklah benar. Hayatilah sabda Nabi saw ini:
"Sesiapa yang memanggil orang lain dengan (kafir) atau (musuh Allah) sedangkan orang itu tidak begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali padanya(orang yang menuduh)".(HR Bukhari & Muslim)
Ana tidak berpihak pada pembangkang sahaja sekiranya pihak pembangkang ana juga akan tegur dan bangkang kenyataan mereka sekiranya mereka salah berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa. Firman Allah Jalla wa 'Ala:
"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan(kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yagn kamu kerjakan".(al-Maidah:8)
 Janganlah kerana nafsu kita sanggup melabel seseorang seperti khawarij, ahli bid'ah, hizbiyyun dan sebagainya sedangkan tuduhan yang dilemparkan oleh mereka hanyalah sandaran daripada sesetengah ustaz atau ulama' yang tidak lari melakukan kesilapan.

Rasanya sudah cukup ana terangkan tentang punca dakwah sunnah tidak diterima masyarakat pada artikel ana sebelum ini. Artikel ini hanya sebagai tambahan hasil daripada apa yang dirasai dan dihayati oleh ana kepada "mereka" yang mengaku berpegang kepada manhaj salaf ini. Akhir kata, ana minta maaf sekiranya ada yang terasa dan sakit hati tetapi ana terpaksa juga menulis kerana ana tidak mahu ia berlanjutan dan menyebabkan umat Islam semakin berpecah-belah. Wallahu'alam.

 


No comments:

Post a Comment