بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Insya-Allah untuk entry kali ini ana akan menerangkan serba sedikit tentang aqidah yang ketiga yang di'itiqadkan oleh golongan Syi'ah ini iaitu
at-Thiinah (الطينة). Sebelum ini ana sudah menerangkan serba sedikit tentang dua aqidah yang di'itiqad oleh golongan Syi'ah ini iaitu
Taqiyyah dan
Raj'ah.
Pertamanya, ana akan menerangkan definisi
at-Thiinah (الطينة), apakah yang dimaksudkan dengan
at-Thiinah (الطينة) ini menurut fahaman Syi'ah. Menurut Syi'ah
at-Thiinah (الطينة) ialah tanah perkuburan Husain radhiyallahu 'anh. Salah seorang daripada orang-orang sesat mereka iaitu Muhammad Nu'man al-Haritsi yang digelar sebagai Syeikh al-Mufid telah menukil di dalam kitabnya al-Mazaar dari Abi 'Abdillah ia berkata: "Di tanah perkuburan Husain terdapat ubat untuk segala penyakit dan ia merupakan ubat yang paling besar".
Berkata 'Abdullah: "Salitkanlah di mulut bayi kalian tanah (perkuburan) Husain".
Ia ('Abdullah) berkata : "Telah dikirim kepada Abi Hasan Al-Ridha dari negeri
Khurasan sebuah bungkusan kain di antaranya terdapat segumpal tanah,
maka dikatakan kepada utusan itu : Apa ini? Ia berkata : Tanah
perkuburan Husain, tidaklah ia mengirim sedikitpun dari bungkusan
kain atau lainnya, kecuali ia meletakkan di dalamnya tanah itu, dan
berkata tanah itu pengaman insya Allah. Dikatakan kepadanya :
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Shadiq tentang
pengambilannya akan tanah perkuburan Husain, maka Shadiq menjawab :
Apa bila kamu mengambilnya maka ucapkanlah : Ya Allah sesungguhnya
saya meminta kepadamu disebabkan oleh hak malaikat yang telah
mengenggamnya (tanah ini), dan meminta kepadamu, disebabkan oleh hak
Nabi yang telah menyimpannya, dan oleh hak Al Washi (Ali) yang telah
bersatu di dalamnya agar Engkau melimpahkan Selawat kepada Muhammad
dan atas keluarga Muhammad dan agar Engkau menjadikannya ubat
penawar untuk seluruh penyakit, dan pengaman dari seluruh ketakutan,
dan penjaga dari seluruh kejahatan."
Abu 'Abdillah ditanya tentang penggunaan dua jenis tanah dari
perkuburan Hamzah dan pekuburan Husain serta mana yang paling utama
diantara keduanya, maka ia berkata : "Tasbih yang dibuat dari tanah
perkuburan Husain akan bertasbih (sendirinya) ditangan, tanpa
(pemiliknya) bertasbih". [1]
Sebagaimana orang Syi'ah mendakwakan, sesungguhnya orang syi'ah
tercipta dari tanah yang khusus dan orang Sunni tercipta dari tanah
yang lain, lalu terjadilah pengadukkan antara kedua tanah tadi
dengan cara tertentu, maka apa-apa yang terdapat pada orang syiah
dari kemaksiatan dan kejahatan, maka itu merupakan pengaruh dari
tanah Sunni, dan apa-apa yang terdapat pada orang Sunni dari
kebaikan dan amanah, maka itu disebabkan oleh pengaruh tanah Syi`ah.
Dan apabila pada hari Kiamat nanti, maka kejelekan dan dosa-dosa
orang Syi'ah diletakkan di atas Ahl as-Sunnah, dan kebaikan (pahala)
Ahli Sunnah akan diberikan kepada orang Syi'ah. [2]
Nauzubillahi min zalik, berikutlah ucapan-ucapan Syi'ah terhadap i'tiqad mereka terhadap tanah (perkuburan) Husain yang kononnya mempunyai keajaiban. Sangat jelas bahawa aqidah mereka telah menyimpang daripada aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka (Syi'ah) juga telah mereka-reka cerita bahawa kejadian mereka daripada tanah yang berlainan dengan Sunni dan ini merupakan satu pendustaan yang jelas kerana dalam al-Quran sudah dijelaskan tetang proses kejadian manusia. Mereka (Syi'ah) telah melakukan pentakwilan berdasarkan akal mereka dan kebencian terhadap Ahl- as-Sunnah wa al-Jama'ah.
Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah, Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang, Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (as-Sajdah: 7-9)
Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (ar-Rahman: 14)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. (al-Hijr: 26)
Rujukan dan Sumber:
[1]
Kitab Al Mazaar, oleh syeikh mereka yang bergelar Syeikh Al Mufid hal. 125.
[2]
`Ilal-As Syaraai` hal. 490-491, Bihar Al-Anwar : 5/247-248.