Wednesday, March 7, 2012

Benarkah Terdapat Bid'ah Hasanah???

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

BID'AH!!!
Perkataan di atas merupakan perkataan yang sensitif bagi sesetengah orang, mungkin mereka menganggap ia perkataan yang tidak sepatut digunakan. Tetapi bukanlah ana tulis atikel ini untuk mem"bid'ah"kan orang lain ana sebagai manusia biasa juga ada melakukan kesalahan.

Sebelum ini kita selalu mendengar masyarakat di Malaysia sering mengatakan bahawa bid'ah terbahagi kepada 2 iaitu hasanah dan dholalah. Terdapat juga ustaz-ustaz di Malaysia mengatakan demikian. InsyaAllah penulisan ana kali ini adalah untuk membetulkan semula pendapat ini.

Dr. di jamiah yang ana belajar iaitu Dr. Masyhur Quthaisyat yang mengajar hadis juga selaku rais bahagian ushuluddin mengatakan bahawa setiap bid'ah itu sesat sebagaimana sabda Nabi sallahu'alaihi wasalllam:
                                      "...وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار..."
maksudnya:"...dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka..."
(Hadis ini riwayat an-Nasaie & Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah & dishahihkan oleh al-Albani)

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya dengan jalur yang sama dari Ja'afar bin Muhammad dari ayahnya(Muhammad bin Ali al-Baqir dari Jabir bin Abdullah dengan lafaz:
                                    "وشر الللأمور محدثاتها وكل بدعة ضلالة"
maksudnya:"Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bid'ah adalah sesat"

Lihat daripada kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah saw menegaskan bahawa setiap perkara dalam agama adalah bid'ah dan setiap bid'ah tempatnya dalam neraka. Akan tetapi, jangan disalah fahami maksud bid'ah di atas kerana maksudnya berdasarkan penafsiran secara syar'i. Sekiranya ia ditafsir secara lughawi bermakna setiap perkara baru seperti menunggang kereta, membuat telefon, membuat kapal terbang dan sebagainya dianggap sesat.

Golongan yang mengatakan bid'ah terbahagi kepada 2 sering menggunakan hujah ucapan saidina Umar radiallahu'anh:
                                                          "نعمت بدعة هذه"
                                               maksudnya:"sebaik-baik bid'ah adalah ini"

dan juga perkataan Imam asy-Syafie rahimahullah:
"Bid'ah terbahagi kepada 2:Mahmudah & Mazmumah, maka apa-apa yang menepati sunnah adalah mahmudah & apa-apa yang menyelisihi sunnah adalah mazmumah"
Jawapan untuk kata-kata Saidina Umar radiallahu'anh:

Mari kita lihat ucapan yang lengkap berkaitan perkara di atas,Dari Abdurrahman bin Abdil Qaary katanya; aku keluar bersama Umar bin Khatthab di bulan Ramadhan menuju masjid (Nabawi). Sesampainya di sana, ternyata orang-orang sedang shalat secara berselerak, ada orang yang shalat sendirian dan ada pula yang menjadi imam bagi sejumlah orang. Maka Umar berkata: “Menurutku kalau mereka kukumpulkan pada satu imam akan lebih baik…” maka ia pun mengumpulkan mereka –dalam satu jama’ah– dengan diimami oleh Ubay bin Ka’ab. Kemudian aku keluar lagi bersamanya di malam yang lain, dan ketika itu orang-orang sedang shalat bersama imam mereka, maka Umar berkata: “Sebaik-baik bid’ah adalah ini, akan tetapi saat dimana mereka tidur lebih baik dari pada saat dimana mereka shalat”, maksudnya akhir malam lebih baik untuk shalat karena saat itu mereka shalatnya di awal malam.(HR Malik, al-Muwatha')


Sebagaimana kita ketahu Rasulullah pernah melakukan solat tarawih secara berjemaah akan tetapi Baginda takut ia akan menjadi satu kewajipan Baginda pon berhenti daripada melakukannya.Sewaktu zaman pemerintahan Umar radiallahu'anh, masyarakat Madinah tidak berjumpa dengan Baginda apatahlagi solat di belakang baginda.Bagi mereka ini adalah hal baru yakni bid'ah lughawi.Jadi jelaslah bahawa bid'ah yang dilakukan Umar adalah bid'ah lughawi bukan syar'i.Bahkan, ia bid'ah lughawi nisbi(perkara baru bagi sebagian kalangan).Wallahu'alam.


Jawapan kepada ucapan Imam asy-Syafie:


Sekiranya kita berpegang kepada pendapat Imam asy-Syafie tentang perkara ini adakah kita juga akan berpegang kata-kata Imam asy-Syafie ini:"Semua yang pernah kukatakan jika ternyata berseberangan dengan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka hadits Nabi lebih utama untuk diikuti dan janganlah kalian taqlid kepadaku".Ada juga pendapat mengatakan ucapan Imam asy-Syafie berkaitan dengan muamalah bukan ibadah.Wallahu'alam.


Fikir-fikirlah...

Semoga dengan penulisan ana yang tidak seberapa ini dapat menjawab persoalan-persoalan sahabat tentang perkara ini.Sekiranya adalah salah dan silap tegur-tegurlah diruangan komen, jangan cakap belakang-belakang.Ini juga jawapan ana kepada seorang ustaz yang sangat terkenal di Malaysia berkaitan perkara ini.Jangan bercakap berdasarkan hawa nafsu.Wallahu'alam.







Sunday, March 4, 2012

Berhati-hati Berdusta Atas Nama Nabi SAW!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pertamanya, ana menulis tentang artikel ini bukan untuk saja-saja tetapi sudah menjadi tanggungjawab sebagai umat Islam untuk saling tegur-menegur.

Zaman sekarang ini ana lihat umat Islam sudah tidak mengambil berat tentang larangan Rasulullah sallahu'alaihi wasallam supaya jangan berdusta atas nama beliau(Muhammad saw).Perkara ini telah disebut di dalam hadis yang mutawatir:
                                            "من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"
maksudnya: "Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka".(HR Bukhari)

Hadis di atas telah diriwayat lebih 70 sahabat. Ini menunjukkan apabila ingin menyampaikan sesuatu hadis dengan menggunakan nama nabi saw perlulah diteliti keshahihannya.

Sebab lain ana menulis artikel ini juga adalah kerana sahabat ana ada menjumpai hadis yang tidak pernah didengarinya melalui facebook. Apabila sahabat ana tanya kepada tuan penyebar hadis tersebut tentang keshahihannya, dijawab hadis riwayat bukhari dan hadis tersebut masyhur. Apabila sahabat ana tanya kepada seniornya yang pakar dalam bidang hadis, senior tersebut mengatakan hadis tersebut ganjil dan tidak pernah didengari, matannya pun meragu-ragukan. Walaupun sesuatu hadis itu masyhur tidak semesti hadis tersbut adalah shahih,Wallahu'alam.

Disiplin dalam menyampai sesuatu hadis hendaklah kita menyebut status sesuatu hadis yang kita ingin sebarkan tidak kiralah hadis tersebut shahih,hasan,dhaif dan maudhu'.

Berdusta atas nama nabi tidak sama berdusta atas nama orang lain sebagaimana sabda Rasulullah saw:"Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama berdusta atas nama orang lain, barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka siap-sedialah tempat duduknya di neraka"(HR Bukhari)

Rasulullah sudah menegaskan sesiapa saja yang berdusta atas nama beliau sudah tersedia tempatnya di neraka. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati apabila ingin menyampaikan sesuatu hadis dengan menggunakan nama Rasulullah saw perlu diteliti keshahihannya.

Nasihat ini ana tujukan kepada diri ana khususnya dan kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ana ini umumnya. Janganlah hanya kerana ingin meraih like difacebook kita sanggup berdusta atas nabi saw. Sekiranya ingin menyebarkan penulisan ini, sebarkanlah supaya ia menjadi peringatan kepada sahabat-sahabat yang lain, tidak perlu meminta izin dan sekiranya ada salah tegurlah ana yang dhaif ini...Wallahu'alam.

Saturday, March 3, 2012

Siapakah al-Ghuraba'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


InsyaAllah topik untuk hari ini ana akan berkongsi kepada sahabat-sahabat, siapakah golongan yang dipanggil sebagai al-Ghuraba.


Adakah golongan yang suka mengasingkan diri daripada orang lain???
Adakah golongan yang suka memerap di rumah???
Adakah golongan yang merasa dia yang sorang-sorang paling bagus???


Antara hadis tentang golongan ini yang biasa kita dengar,
Rasulullah saw bersabda:بدأ الاسلام غريبا ، وسيعود كما بدأ غريبا، فطوبى للغرباء
maksudnya:"Islam awalnya asing, kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang2 yang asing".(HR Muslim,no.145)

Hadith di atas menjelaskan kepada kita umat Islam mengenai perkhabaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhubung dengan sifat keasingan agama Islam sejak ia mula-mula didakwahkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam kepada umat manusia. Dalam hadith yang sama juga, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam turut mengingatkan bahawa sifat ‘keasingan’ agama ini pasti akan kembali berulang di akhir zaman sebagaimana ketika awalnya ia disampai dan diamalkan oleh baginda dan para sahabatnya radhiallahu’anhum.

Seiring dengan perkhabaran mengenai sifat keasingan ajaran Islam ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menerangkan bahawa di sebalik keasingan itu akan wujud sekelompok manusia dari kalangan umatnya yang digelar sebagai al-Ghuraba', iaitu golongan yang ‘asing’. ‘Asing’ yang dimaksudkan di sini bukanlah dilihat dari aspek keduniaan akan tetapi ialah asing dari aspek manhaj atau cara mereka mengamalkan ajaran agama. Terhadap mereka ini dikurniakan nikmat kebahagiaan sebagaimana yang dijanjikan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadithnya tersebut.




Siapakah al-Ghuraba'?

'Abd Allah bin 'Amr al-'Ash radhiallahu’anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-Ghuraba', baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:

أناس صالحون في أناس سوء كثير من يعصيهم أكثر ممن يطيعهم.

"Orang-orang salih yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka." - Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad, no. 6650.

Sementara itu, dalam riwayat yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut:

الذين يصلحون عند فساد الناس.

"Iaitu orang-orang yang sentiasa memperbaiki (umat) di tengah-tengah rosaknya manusia." - Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, no. 1273.

Dalam lafaz yang lain pula disebutkan:

الذين يصلحون ما أفسد الناس من بعدي من سنتي.

"Iaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku selepas peninggalanku sesudah dirosakkan oleh manusia." - Hadith riwayat at-Tirmidzi, no. 2630 dan beliau menjelaskan bahawa hadith ini adalah hasan sahih.

Ringkasnya, sesiapa jua di kalangan umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih sebagaimana asalnya, mempertahankan ketulenan ajarannya daripada dicemari oleh pelbagai unsur bid’ah serta berusaha mendakwahkannya kepada umat manusia maka dia termasuk dalam kalangan al-Ghuraba' sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadithnya di atas.

Yunus bin Ubaid pernah berkata: 

"Seorang yang disampaikan kepadanya Sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi orang yang asing. Namun lebih asing lagi ialah yang menyampaikannya (mendakwahkan Sunnah)." - Riwayat al-Lalika'i 1/58, no. 21.

Kenyatan di atas telah menjelaskan tentang siapa itu al-Ghuraba',iaitu orang yang sentiasa menegak sunnah ketika manusia dalam keadaan lalai dengan tidak menghidupkan sunnah Rasulullah sallahu'alaihi wasallam.Semoga kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam,kita sebagai manusia sering lalai dan lupa.Penulisan ini ana tidak tujukan pada siapa2, ia lebih kepada peringatan kepada diriku serta sahabat-sahabat yang ku sayangi...Wallahu'alam.







Friday, March 2, 2012

Kitab-Kitab Sebagai Rujukan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

InsyaAllah utk penulisan ana utk kali yang ke-3 ini, ana ingin berkongsi kepada para pembaca antara kitab-kitab yang bagus untuk dijadikan rujukan selaku pelajar agama mahupun bukan...

Antara kitab-kitabnya adalah:

TAFSIR:
1. Tafsir al-Baghawi,karya al-Imam al-Baghawi.
2. Zubdatut Tafsir,karya Syaikh Muhammad Bin Sulaiman al-Asyqar.
3. Taisir Karimurrahman,Syaikh Sa'di.
4. Fathul Qadir,karya al-Imam as-Syaukani.
5. Tafsir al-Quran al-Azihm,al-Hafiz Ibn Kathir.
6. Tafsir Ibn Jarir at-Thabari.
7. Tafsir al-Qurthubi.

TAUHID/AQIDAH:
1- Ushul Tsalatsah,karya Muhammad Ibn Abd al-Wahhab at-Tamimi.
2- A'lam as-Sunnah al-Mansyurah,karya hafiz al-Hikami.
3- Lum'atul I'tiqad al-Hadi Ila ar-Rasyad,karya al-Imam al-Maqdisi.
4- Kitab at-Tauhid,Muhammad Abd al-Wahhab.
5- Syarh Kitab at-Tauhid,karya Syaikh Muhammad Bin Shalih al- Utsaimin.
6- Al-Qawaidul Mutsla fi Syarh Asmaillah wa shifaatihil husna,Syeikh al-Utsaimin.
7- Al-Aqidah al-Washitiyah,Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah.
8- Al-Aqidah at-Tadmuriyah,Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah.
9- Al-Aqidah at-Thahawiyyah,karya Abu Ja'far at-Thahawi.
10- As-Sunnah,karya Ibn Batthah.
11- Syarah Ushulu I'tiqadi ahl-As-Sunnah wal Jamaah,karya al-Imam al-Lalaka'i.

Fiqh:
1. Ad-Durar al-Bahiyah,karya al-Imam as-Syaukani.
2. Syarah al-Mumti' 'alaa zaadil Mustaqni',karya Syaikh Usaimin.
3. Al-Mughni,Ibn Qudamah al-Maqdisi
4. Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab,karya al-Imam Muhyiddin an-Nawawi.

ILMU HADITH DAN SYARAH:
1. Hadits al-Arba'in,al-Imam an-Nawawi.
2. Syarah al-Arba'in,Ibn Daqiq al-'Eid.
3. Umdatul Ahkam,karangan al-Hafiz Abdul Ghani al-Maqdisi.
4. Bulughul Maram,karya al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani.
5. Subulussalam,karya Imam as-Shan'ani.
6. Al-Muntaqa-Majd ad-Din Ibn Taimiyyah dengan penjelasannya dalam Nailul Authar min Muntaqal Akhbar,as-Syaukani.
7- Jamiul 'Ulum wal-Hikam,karya Ibn Rajab al-Hanbali.
8- Sahih al-Bukhari dengan syarahnya Fathul Bari,al-Imam Ibn Hajar.
9- Sahih Muslim,dengan syarahnya oleh al-Imam an-Nawawi.
10-Sunan Abu Dawud dengan syarahnya 'Aunul Ma'bud Syarah Sunan Abu Dawud.
11- Sunan at-Tirmizi dengan syarahnya, Tuhfatul Ahwazi,al-Mubarakfuri.
12- Sunan an-Nasai,Sunan Ibn Majah,Musnad Imam Ahmad dengan syarahnya al-Fathur Rabbani,karya as-Sa'ati.

SIRAH NABAWIYYAH:
1. Ar-Rahiq al-Makhtoum,karya Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri.
2. Hadzal Habib Ya Muhib,karya Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
3. As-Sirah Nabawiyyah,karya Imaduddin abu al-Fida' Ibn Kathir.
4. Zad al-Ma'ad,karya al-Imam Syamsuddin Ibn al-Qayyim.
5. Sirah an-Nabawiyyah as-Sahihah, Dr. Akram al-'Umari.

TARIKH,BIOGRAFI PARA ULAMA':
1. Shuwar Min Hayatis Sahabah,Dr.Abdurrahman Ra'fat al-Basya.
2. Ar-Riqqah wal-Buka',karya al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi.
3. Kitab az-Zuhd,karya al-Imam Ahmad Ibn Hanbal.
4. Al-Bidayah wan-Nihayah,karya al-Hafiz Ibn Kathir.
5. Siyaar A'lamin Nubala',karya al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi.
6. Tarikh al-Baghdad,karya al-Khatib al-Baghdadi.

PENDIDIKAN KEIMANAN/KEROHANIAN:
1. At-Tibyan fi adabi Hamalatil Quran,karya al-Imam an-Nawawi.
2. Mukhtasar Minhajil Qashidin,karya al-Imam al-Maqdisi.
3. Istinsyaq Nasim al-Unsi,karya Ibn Rajab al-Hanbali.
4. Al-Fawa'id,al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.
5. Shaidul Khatir,al-Imam al-Hafiz Ibn Jauzi.
6. Al-Jawaabu Kafi liman Saala an-Dawa'iss Syafi,Ibn al-Qayyim.(Da' wa Dawa')
7. At-Takhwif minan-naar,Ibn Rajab al-Hanbali.
8. Madaarijus Salikiin,Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.




Senarai kitab-kitab di atas ana perolehi daripada sahabat baik ana iaitu Fahmi Rusli, semoga dengan senarai-senarai ini sahabat-sahabat dapatlah membelinya, kpd sahabat yang berada di tanah arab janganlah lepaskan peluang membeli kitab-kitab kerana ia lebih murah berbanding di Malaysia...Selamat membeli. jadilah pembeli yang bijak...:)

Thursday, March 1, 2012

Zikir-Zikir Shahih Selepas Solat Fardhu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Untuk kali keduanya ini,ana ingin berkongsi tentang amalan-amalan yang shahih selepas solat fardhu...
amalan-amalan ini tidaklah susah hanya perlu diucap dengan mulut sahaja.


  • Pertama sekali yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja baginda selesai melaksanakan solat fardhu ialah beristighfar (memohon ampun) kepada Allah iaitu dengan mengucapkan lafaz "Astaghfirullah" sebanyak 3 kali lalu diikuti dengan lafaz Allahumma antassalam waminkas salam tabarakta dzal jalali wal ikram sebanyak 1 kali. Perhatikan riwayat berikut: 

وَعَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: كَانَ رَسُو اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ، اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا، وَقَالَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

"Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah selesai (mengerjakan) solat, baginda beristighfar (memohon ampun sebanyak) tiga kali lalu mengucapkan: Wahai Allah, Engkau Maha Sejahtera dan dari-Mu kesejahteraan. Maha Agung Engkau wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan." - Sahih Muslim (no. 135, 591) dan Sahih Abu Daud (no. 1563).

  • Al-Walid r.a berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda? Dia menjawab:

اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ.

"Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." - Sahih Muslim (no. 591) dan Sunan Abu Daud (no. 2151).

  • Seterusnya membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Allah, tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau beri dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Dan tidak bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebesarannya itu." - Sahih al-Bukhari (no. 844, 7292) dan Sahih Muslim (no. 539).

  • Adakalanya baginda juga membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah. Kami tidak beribadah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujian yang baik. Tiada Tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah dengan memurnikan ibadah hanya kepada-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." - Sahih Muslim (no. 594).

  • Khas bagi solat subuh dan maghrib baginda menggalakkan umatnya agar membaca wirid berikut sebanyak 10 kali:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Sehubungan dengan wirid di atas Rasulullah menjelaskan:

Sesiapa setelah (mengerjakan) solat maghrib dan subuh (kemudian) membaca: 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

"Allah akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan, dihapuskan 10 keburukan, diangkat 10 darjat, Allah lindungi dari godaan Syaitan yang terkutuk." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 2563).

Dalam sebuah hadis yang panjang disebut bahawa:

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال حين بنصرف من صلاة الغداة، قبل أن يتكلم: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، عشر مرات، أعطي بهن سبعا: كتب له بهن عشر حسنات، ومحاعنه بهن عشر سيئات، ورفع بهن عشر درجات، وكن له عدل عشر نسمات، وكن له حفظا من الشيطان، وحرزا من الْمكروه، ولم يلحقه في يومه ذلك ذنب إلا الشرك بالله. ومن قالهن حين ينصرف من صلاة المغرب، أعطي مثل ذلك ليلته.

"Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ketika selesai solat subuh mengucapkan: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali hanyalah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Hanya ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu 10 kali sebelum dia berbicara maka dengan kalimat-kalimat tadi dia akan diberikan 7 hal; dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat baginya 10 darjat, kalimat-kalimat tadi menyamai (pahala) membebaskan 10 (orang) hamba, kalimat-kalimat tadi akan menjadi penjaga baginya dari syaitan, penjaga dari segala keburukan dan pada hari itu dosa apa pun tidak akan menimpanya kecuali syirik kepada Allah. Sesiapa yang mengucapkannya ketika selesai solat maghrib maka pada malam harinya dia akan diberikan sama sepertinya." - Sahih at-Targhib wa at-Tarhib 3/475.

  • Kemudian disyariatkan juga membaca surah-surah al-Mu’awwidzat sebagaimana keterangan hadis berikut:

عن عقبة بْن عامر رضي الله عنه قال: أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ.

"Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Saya diperintah oleh Rasulullah agar membaca surah-surah al-Mu’awwidzat setiap kali selesai solat." - Musnad Ahmad (no. 17417) dan Ibn Khuzaimah (no. 755).

Adapun yang dimaksudkan dengan surah-surah al-Mu’awwidzat adalah merujuk kepada tiga surah terakhir dari al-Qur’an iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas.

  • Selanjutnya membaca ayat al-Kursi (Surah al-Baqarah, ayat 255). Sabda Rasulullah:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَحِلْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ المَوْتَ.

"Barangsiapa membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya untuk masuk syurga kecuali mati." - Silsilah al-Ahadith ash-Sahihah (no. 972).

  • Seterusnya disunatkan juga berzikir dengan membaca tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali dan digenapkan menjadi 100 kali dengan ucapan tahlil (Laa ilaha ilallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syain qadir) iaitu sebanyak 1 kali.

Sabda Nabi:

مَنْ سَبَّحَ الله فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَ حَمِدَ الله َ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَكَبَّرَ الله ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعُونَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمَائَةِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

"Barang siapa yang bertasbih kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid kepada-Nya 33 kali dan bertakbir 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan (tahlil yang bermaksud): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan." - Sahih Muslim (no. 146).


Tidak susahkan,,,cuma perlu mengucap dengan mulut sahaja,ana pon kadang-kadang tidak juga melakukan sunnah-sunnah ini akan tetapi kita sebagai umat Islam haruslah berusaha untuk melakukannya, buatlah sunnah-sunnah ini walaupun sedikit, setiap umat Islam perlu mempunyai waktu-waktu khusus utk beribadat,bermuhasabah,berwirid & sebagainya, sepertimana kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu' Fatawa:"Seorang hamba harus mempunyai waktu khusus untuk dirinya untuk berdoa, berzikir, merenung, bermuhasabah dan memperbaik hatinya".Hadis-hadis di atas ana perolehi daripada sahabat FB ana yang sentiasa memberikan peringatan, semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya...Wallahu'alam.